Saturday, June 25, 2022

CREPE ROSES

 Assalamualaikum acik2 semua!

Kakak umizara sebenarnya ada buat bisnes crepe roses.

Tapi untuk NEGERI PERLIS SAHAJA.

Crepe roses ni bunga crepe yang dibuat daripada kertas crepe.

Macam2 warna dah kakak buat.

Rasanya dah lebih dari 10 ribu kuntum yang kakak dah buat, sebab kakak start buat dari umur 20 lagi.

Alhamdulillah rezeki daripada Allah.

Maklang, kak spupu n tok sedara kakak yg turunkan ilmu ni kat kakak.

Murah rezeki mereka slalu kongsi rezeki dengan kakak. InsyaAllah aamiin.

Pada awalnya kakak seronok2 saja buat, bila orang start order tu kakak lagi semangat nak buat.

Alhamdulillah.

Family kakak pun support kakak buat bisnes ni. Alhamdulillah.


Harga crepe roses terkini

50 pcs = RM 48.00

50 pcs + telur = RM 70.00

AREA PERLIS SAHAJA.


Dulu kakak cuma buat bunga saja, tapi ada customer start order skali letak telur, kakak pun teruskan.

Macam2 majlis yg boleh buat doorgift crepe roses ni.

Banyak yg order majlis kawin laa.

Yang lain ada jugak order untuk hari jururawat, hari guru, majlis aqiqah.

Alhamdulillah Allah bagi skill ni untuk kakak cari rezeki.

Sekarang kakak up 1 level lagi buat bunga meja n gift bouquet pulak. InsyaAllah.

Doakan kakak yer acik2.

Hari tu kakak dah decide nak berhenti buat crepe roses ni, sebab faktor kesihatan, tapi ada lagi customer2 yang cari.

So kakak teruskan dan buat mana yang mampu.

Okay acik, gambar2 kat bawah ni sedikit daripada koleksi crepe roses yang pernah kakak buat.





















Okaylah acik2, setakat ni dulu story kakak pasal crepe roses ni.

Acik2 yang dok perlis tu boleh laa nak order untuk majlis apa2.


Stay safe acik2 semua!

Sihat2 selalu!

Wassalam.


No comments:

Post a Comment