Wednesday, June 22, 2022

SAFFRON @ ZA'FARAN


Saffron atau za'faran adalah antara rempah
terbaik
di dunia. Saffron berasal daripada stigma bunga CROCUS SATIVUS yang dituai dan kemudiannya di jemur sehingga kering. Saffron mempunyai banyak khasiat dan kegunaan.
Selain digunakan sebagai penawar dan rempah dalam masakan, saffron juga digunakan dalam pembuatan kosmetik, minyak wangi, dan pewarna pakaian. Saffron adalah rempah yang berkhasiat dan tinggi dengan antioksidan.
Apakah antioksidan? Antioksidan adalah zat yang memiliki peranan penting yang melindungi sel-sel tubuh dari radikal bebas berlebih. Zat ini boleh didapati secara alami pada makanan seperti, buah, sayuran, kekacang, dan dalam bentu suplemen. Antioksidan juga terdapat dalam minuman seperti teh, coklat, dan kopi.
Banyak khasiat yang terdapat pada saffron ni. Tapi disini saya listkan 8 khasiat penting.
1. Terapi kepada penyakit Alzheimer.
2. Menambahbaik gejala kemurungan.
3 Kurangkan gejala sindrom pramenstruasi (PMS) (kurangkan senggugut.)
4. Rawatan masalah disfungsi erektil (mati pucuk)
5. Mampu merawat asma.
6. Baik untuk kesihatan mata.
7. Boleh melindungi saraf.
8. Mempunyai ciri-ciri antikanser.
Negara-negara pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki, dan Itali. Dianggarkan lebih 1400 spesis saffron terdapat di seluruh dunia.
Saffron juga dikenali sebagai "King Of Spices". Banyak dalam kitab menyatakan bahawa saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Saffron telah banyak digunakan semenjak zaman Rasululllah SAW lagi oleh para sahabat dengan tujuan bagi mencerdaskan akal.
Dalam Kitab Tib Al-Imam muka surat 381, Saiyidina Ali (K.W) menyatakan yang bermaksud :
"Sesiapa yang mengambil Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian yang dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak 2 misqal (2 sudu) pada setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
Sesungguhnya saffron atau za'faran ini mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk kesihatan. Namun begitu, perlu untuk dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dulu sebelum nak consume saffron ni.
Terima kasih sudi baca.
🥰
Boleh dapatkan saffron di KEDAI ONLINE KAKAK UMIZARA pilih kategori SAFFRON.

 

No comments:

Post a Comment